Diakhir pembelajaran, murid akan dapat;
Islam sangat mengambil berat kepentingan mengeratkan hubungan tali persaudaraan atau silaturrahim sesama muslim. Salah satu cara yang disarankan oleh Islam untuk mengeratkan hubungan persaudaraan atau silaturrahim sesama muslim itu ialah dengan menziarahi orang sakit. Menziarahi orang sakit merupakan salah satu hak seorang muslim ke atas muslim yang lain.
Adab Ketika Ziarah Orang Sakit:-
1. Ikhlas kerana Allah Ta‘ala
2. Bertanya tentang keadaan pesakit
3. Berikan nasihat dan ucapan yang baik
4. Jangan makan makanan yang dihadiahkan kepadanya
Tidak mengapa, semoga penyakit ini membersihkan dosamu, insyaAllah.
Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan Arasy yang agung, supaya menyembuhkan engkau.
Latihan:-
No comments:
Post a Comment